KUALA LUMPUR: Jumlah kes pembuangan kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan sehingga kini adalah seramai 1,352 orang, berdasarkan rekod statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pihaknya melalui JKM bertanggungjawab menyelamat dan memberi perlindungan kepada kanak-kanak yang ditemukan. “Bagi siasatan kes seumpama ini, ia dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM). “Dalam menguruskan sebahagian kes kanak-kanak yang telah ditinggalkan atau dibuang, tiada…










