SEJAK dua minggu lalu, cuaca tidak menentu melanda negeri-negeri Pantai Timur. Di Terengganu misalnya, boleh dikatakan hampir setiap petang berlaku hujan lebat atau awal malam selepas pagi yang cerah. Corak cuaca ini memberi petanda awal bahawa fasa peralihan monsun sedang berlaku. Semasa tempoh peralihan kepada Monsun Timur Laut (MTL) ini boleh menyebabkan cuaca tidak dapat diramalkan seperti hujan lebat yang datang secara tiba-tiba. Dalam erti kata lain, musim tengkujuh semakin…