KAHERAH: Mesir akan menganjurkan persidangan Palestin yang komprehensif untuk membincangkan masa depan Gaza susulan kesediaan Hamas membebaskan tebusan Israel, lapor saluran televisyen tempatan, Al Qahera News. Menurut laporan Anadolu, memetik sumber yang tidak dinamakan, rundingan itu akan membincangkan hala tuju politik dan pentadbiran Gaza pada masa hadapan. “Persiapan sedang dibuat untuk mengadakan dialog menyeluruh Palestin bagi membincangkan masa depan Gaza,” kata sumber itu tanpa menjelaskan tarikh sebenar penganjuran sidang tersebut.…










