PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, semua pasukan penyelamat dan agensi kerajaan kini digerakkan sepenuhnya bagi membantu mangsa banjir termasuk di utara tanah air. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata, langkah itu bagi memastikan keselamatan penduduk yang terjejas menjadi keutamaan. “Saya menyeru kepada semua agar terus mengutamakan keselamatan diri dan keluarga, patuhi arahan pihak berkuasa dan elakkan berada di kawasan berisiko…










