PETALING JAYA: Malaysia menegaskan komitmen terhadap disiplin fiskal serta pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan, dengan unjuran pertumbuhan antara 4.0 hingga 4.8 peratus pada 2025. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dasar ekonomi negara akan terus berpaksikan kepada prinsip kebertanggungjawaban fiskal dan kesejahteraan rakyat di bawah kerangka Ekonomi Madani. Katanya, Malaysia kekal komited untuk memastikan pertumbuhan ekonomi mampan dengan pelaksanaan dasar fiskal yang berhemah serta inklusif. “Malaysia kekal komited…










