PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menyatakan kepada Amerika Syarikat (AS) bahawa genosid yang berlaku di Gaza sejak dua tahun lalu adalah berpunca daripada tindakan negara itu terus melindungi dan menyalurkan bantuan kepada Israel. Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, kekejaman Israel terus berleluasa kerana perlindungan politik dan bantuan persenjataan daripada AS, sehinggakan rakyat Palestin terus menderita sejak sekian lama. Beliau…










