PUTRAJAYA: Malaysia dan Brazil sepakat memperkukuhkan kerjasama dalam bidang strategik merangkumi semikonduktor, teknologi makanan dan pendidikan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif itu akan memperkukuh hubungan sedia ada antara selain membuka ruang pertukaran kepakaran dan pelaburan yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara. “Perbincangan kami hari ini meliputi pelbagai bidang, termasuk perdagangan, pelaburan dan tenaga. Bagi pihak Malaysia, saya berterima kasih atas sokongan anda (Brazil) terhadap Petronas. “Kami juga…










