BEIRUT: Pihak berkuasa Lubnan menahan 32 individu sejak beberapa bulan kebelakangan ini atas dakwaan menyalurkan maklumat kepada Israel mengenai Hezbollah, sekali gus memudahkan serangan kumpulan disokong Iran itu. Menurut seorang pegawai kehakiman yang mahu namanya dirahsiakan, enam daripada suspek ditahan sebelum gencatan senjata diumumkan pada November tahun lalu, manakala baki 26 lagi ditangkap selepas itu. Sehingga kini, sembilan suspek diadili di mahkamah tentera, manakala 23 lagi masih dalam siasatan. Lubnan…