JELI: Polis menahan tiga lelaki warganegara Indonesia yang disyaki melakukan aktiviti perlombongan emas secara haram dalam serbuan di sini hari ini.
Dalam serbuan bersama Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan itu, polis merampas dua buah jengkaut, sebuah pam menyedut air dan palong yang dipercayai digunakan untuk perlombongan emas secara haram.
Ketua Polis Daerah Jeli Superintendan Kamarulzaman Harun berkata, pemeriksaan lanjut mendapati dua daripada tiga warganegara Indonesia itu telah tinggal di negara ini melebihi tempoh yang ditetapkan.
“Seorang lagi rakan mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah untuk berada di negara ini.
“Semakan menjadi mereka tidak mempunyai permit untuk melanjalan aktiviti melombong emas,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini sebentar tadi.
Kamaruzaman memberitahu, kesemua suspek diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk tindakan lanjut sementara peralatan yang dirampas dibawa ke balai polis bagi tujuan siasatan.-UTUSAN