MENTAKAB: Karya terakhir Allahyarham Afzainizam Ismail, 75, yang sepatutnya dihantar ke pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Pahang kelmarin, menjadi penutup hidupnya apabila komposer dan pemuzik itu menghembuskan nafas terakhir dalam tidur Jumaat lalu. Lagu khas yang dihasilkan atas titah Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah itu disiapkan dalam tiga versi rentak tradisional iaitu inang, joget dan zapin serta memuatkan sebutan daerah-daerah dalam negeri ini sebagai lambang kecintaan Allahyarham terhadap…