KUALA LUMPUR: Ibu negara Malaysia dijangka sibuk apabila beberapa acara besar dijadualkan berlangsung secara serentak hari ini. Antara acara tumpuan termasuk konsert Jackson Wang di Axiata Arena, persembahan kumpulan wanita Korea Selatan, Twice di Stadium Hoki Nasional serta festival keagamaan Sembilan Maharaja Dewa di Ampang. Pada masa sama, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) turut menjadi tarikan utama apabila pemimpin-pemimpin dari negara anggota ASEAN berhimpun bagi membincangkan isu-isu serantau termasuk menangani…










