KRW FC 'makan' besar di Kota Bharu

KRW FC ‘makan’ besar di Kota Bharu

EMMANUEL Embraga (kanan) semasa cuba merampas bola daripada pemain Perlis GSA di Liga A1 Semi Pro di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan.-IHSAN KRW FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan Red Warrior (KRW FC) meraih kemenangan kedua berturut-turut dalam saingan Liga A1 Semi Pro selepas membelasah Perlis GSA FC 5-0 pada aksi di Stadium Sultan Muhmmad IV, di sini sebentar tadi.

Tuan rumah berpesta lebih awal apabila Wan Mohd. Fadzil Ghazali meledak gol pertama KRW FC kurang 30 saat sejurus wisel perlawanan ditiup oleh Tuan Faizrullah Tuan Kamarudin.

Lima minit berselang, Stadium Sultan Muhammad IV terus bergema dengan sorakan ‘perwira-12’ apabila Zuaasyraf Zulkifli meledakan jaringan kedua KRW FC.

Emanuel Mbarga terus membuktikan statusnya sebagai penyerang import dengan meledakan jaringan ketiga KRW FC pada minit ke-26.

Menuju minit-minit akhir perlawanan, Abdul Latiff Suhaimi menambah derita Perlis GSA dengan menjaringkan gol keempat sekali gus kekal sehingga tamat babak pertama.

Bersambung babak kedua, Mbarga terus memperagakan ketajaman penyudah dengan jaringan kelima KRW FC pada minit ke-66 selepas bijak mengelecek tiga pertahanan lawan.

Mbarga melepaskan peluang terbaik mencipta hatrik selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-63.

Keputusan itu kekal hingga tamat perlawanan sekali gus membolehkan Ifran Bakti Abu Salim menarik nafas lega dengan meraih kemenangan kedua berturut-turut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN