MEXICO CITY: Korban akibat banjir besar yang dicetuskan oleh hujan lebat di Mexico kini meningkat kepada sekurang-kurangnya 41 orang, selain turut menyebabkan kemusnahan besar. Pihak berkuasa pertahanan awam Mexico melaporkan hujan lebat melanda 31 daripada 32 negeri di negara itu, menyebabkan limpahan air sungai, banjir dan tanah runtuh. Negeri Hidalgo di tengah Mexico merupakan antara kawasan yang paling teruk terjejas, dengan pihak berkuasa melaporkan sekurang-kurangnya 22 kematian, 1,000 rumah rosak…