KUALA LUMPUR: Kemasukan Timor-Leste sebagai anggota ke-11 ASEAN disifatkan sebagai perkembangan sangat sentimental dan emosional. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keanggotaan penuh Timor-Leste melambangkan semangat kekeluargaan dalam ASEAN yang tidak menilai sesebuah negara berdasarkan kekayaan, sebaliknya berteraskan maruah dan penghormatan sesama anggota serantau. “Sejak penubuhan ASEAN, Timor-Leste sebenarnya sudah dianggap sebahagian daripadanya. Tetapi setelah keluar sebagai sebuah negara merdeka, mereka perlu melalui proses semula terutama kerana status ekonomi…










