Kibar bendera Israel di Sungai Kelantan, Polis rakam keterangan penganjur

Kibar bendera Israel di Sungai Kelantan, Polis rakam keterangan penganjur

MOHD. Yusoff Mamat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis akan mengambil keterangan pihak penganjur berhubung tindakan sebuah bot mengibarkan bendera Israel semasa gimik lakonan semula kekejaman rejim Zionis terhadap misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) sempena program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan Untuk Gaza di Sungai Kelantan, Jumaat lalu, hari ini.

Perkara tersebut disahkan oleh ketua Polis negeri Datuk Mohd. Yusoff Mat ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini sebentar tadi.

“Hari ini kita (polis) akan ambil keterangan pihak penganjur. Sebarang lambang kebangsaan tanpa kelulusan seperti bendera Israel menjadi kesalahan.

“Kes ini mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949,” katanya secara ringkas.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, Polis Kelantan membuka kertas siasatan berhubung tindakan sebuah bot mengibarkan bendera Israel semasa program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan Untuk Gaza pada Jumaat lalu di Sungai Kelantan walaupun sekadar gimik lakonan semula kekejaman rejim Zionis terhadap misi kemanusiaan GSF.

Terdahulu, satu rakaman video di aplikasi Tiktok yang memaparkan sebuah bot mengibarkan bendera Israel semasa program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan Untuk Gaza pada Jumaat lalu di Sungai Kelantan sehingga mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Pengarah Program, Mohd. Khairul Hafiz tampil menjelaskan tindakan sebuah bot mengibarkan bendera Israel semasa program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan Untuk Gaza pada Jumaat lalu di Sungai Kelantan hanyalah gimik lakonan semula kekejaman rejim Zionis terhadap misi kemanusiaan GSF.

Mohd. Khairul Hafiz turut menyatakan kesediaan memberikan kerjasama untuk disiasat mengenai kejadian itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN