Kibar bendera Israel di Sungai Kelantan, penganjur sedia disiasat

Kibar bendera Israel di Sungai Kelantan, penganjur sedia disiasat

TANGKAP layar yang menunjukkan bendera Israel dikibarkan semasa program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan Untuk Gaza di Sungai Kelantan, di Lembah Sireh, Kota Bharu, Kelantan pada Jumaat hanyalah gimik lakonan semula kekejaman rejim Zionis terhadap misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pertubuhan Anak Muda Bangkit Malaysia sedia memberikan kerjasama untuk disiasat berhubung tindakan sebuah bot mengibarkan bendera Israel semasa program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan Untuk Gaza pada Jumaat lalu di Sungai Kelantan walaupun sekadar gimik lakonan semula kekejaman rejim Zionis terhadap misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).

Kesediaan itu dinyatakan oleh Pengarah Program, Mohd. Khairul Hafiz Hassan menerusi satu hantaran video berdurasi 3.22 minit yang dimuat naik di aplikasi TikTok malam tadi.

Menurusi hantaran itu, Mohd. Khairul turut memohon maaf kepada semua pihak yang tersalah anggap mengenai gimik persembahan semasa hari kejadian.

“Saya juga bertanggungjawab di atas penganjuran ini,” katanya.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, Polis Kelantan membuka kertas siasatan berhubung tindakan sebuah bot mengibarkan bendera Israel semasa program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan Untuk Gaza pada Jumaat lalu di Sungai Kelantan walaupun sekadar gimik lakonan semula kekejaman rejim Zionis terhadap misi kemanusiaan GSF.

Ketua Polis negeri Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, sebarang lambang kebangsaan tanpa kelulusan seperti bendera Israel menjadi kesalahan.

Sebelum itu, Mohd. Khairul Hafiz menjelaskan tindakan sebuah bot mengibarkan bendera Israel semasa program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan Untuk Gaza pada Jumaat lalu di Sungai Kelantan hanyalah gimik lakonan semula kekejaman rejim Zionis terhadap misi kemanusiaan GSF.

Video tersebut tular di aplikasi Tiktok dan media sosial sehingga menimbulkan rasa kurang senang dan perdebatan hangat dalam kalangan penduduk di negera ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN