KUALA LUMPUR: Negara-negara ASEAN perlu segera memperkukuh kerjasama dalam menangani jenayah rentas sempadan khususnya melibatkan pemerdagangan siber dan kegiatan penipuan dalam talian yang semakin berleluasa di rantau ini. Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres berkata, jenayah siber kini muncul sebagai salah satu ancaman keselamatan paling serius di Asia Tenggara. “Perkara itu berlaku kerana melibatkan jaringan antarabangsa yang kompleks serta memberi kesan besar kepada ekonomi dan keselamatan awam. “Kita…










