Kanak-kanak dipukul dengan tukul meninggal dunia - Utusan Malaysia

Kanak-kanak dipukul dengan tukul meninggal dunia

MUHAMMAD Ammar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang kanak-kanak yang cedera parah akibat dipukul dengan tukul di sebuah rumah kedai di Jelawat di sini pada Khamis lalu meninggal dunia hari ini.

Muhammad Ammar Muhammad Badrul meninggal dunia pada pukul 3.02 petang semasa menerima rawatan di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian selepas seminggu bertarung nyawa.

Perkara tersebut disahkan oleh bapa mangsa Muhammad Badrul Remli, 31, ketika dihubungi Utusan Malaysia sebentar tadi.

“Benar Muhammad Amar sudah meninggal dunia. Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mujor, Jelawat, Bachok dekat sini selepas solat Isyak,” katanya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, seorang lelaki ditemukan mati apabila bertindak menggantung dirinya pada sebatang pokok ru selepas memukul anak saudaranya hingga parah dengan sebatang tukul dalam kejadian di sebuah rumah kedai di Jelawat di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.15 petang itu, suspek yang berusia 46 tahun menggantung dirinya pada sebatang pokok ru di Pantai Melawi di sini selepas melakukan perbuatan tersebut.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN