PETALING JAYA: Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menyambut ketibaan Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini. Kedatangan Lula dan isterinya, Janja Lula da Silva adalah sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan yang berlangsung di Kuala Lumpur. Johari berkata, Malaysia dan Brazil berkongsi aspirasi yang sama dalam memperkukuh agenda kelestarian global, pembangunan…










