NEW DELHI: Ibu negara India kembali diselubungi jerebu tebal dan beracun pada Ahad, apabila tahap pencemaran udara direkodkan melebihi 16 kali ganda daripada paras maksimum harian yang disyorkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Setiap tahun, New Delhi dan kawasan metropolitan yang didiami lebih 30 juta penduduk itu tersenarai antara bandar paling tercemar di dunia, apabila langitnya diselubungi asap tebal menjelang musim sejuk. Fenomena itu berlaku apabila udara sejuk memerangkap bahan pencemar…










