KUALA LUMPUR: Perdana Menteri mengingatkan rakyat Malaysia agar tidak mudah terpengaruh dengan golongan ekstremis sebaliknya perlu mempertahankan semangat perpaduan dan keharmonian yang menjadi asas kestabilan negara. Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rakyat perlu menjadi lebih bijak, berfikir secara rasional dan sentiasa berlandaskan maklumat yang sahih agar tidak mudah dimanipulasi oleh sentimen perkauman atau keagamaan. Katanya, masyarakat majmuk di negara ini perlu mengekalkan keunikan di sebalik kepelbagaian kaum dan agama, selain…










