JERANTUT: Isteri kepada Mohamad Basri Ibrahim, 49, yang kini dirawat di sebuah hospital swasta di bandar Ho Chi Minh, Vietnam akibat pendarahan otak berharap suaminya itu segera sembuh dan pulang bagi menyambut kelahiran anak pertama mereka, tidak lama lagi. Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga selama 15 tahun dan bakal menimang cahaya mata sulung selepas sekian lama menanti. Nurul Husna Abd. Hamid, 36, berkata, dia berharap suaminya kembali pulih dan dapat…