Israel terus bedil Gaza, khianati perjanjian gencatan senjata

Israel terus bedil Gaza, khianati perjanjian gencatan senjata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Tentera Israel terus melakukan serangan udara di Gaza pada Khamis, walaupun perjanjian gencatan senjata dicapai untuk menamatkan perang selama dua tahun di wilayah Palestin itu.

Sumber perubatan memberitahu Anadolu, empat orang awam cedera dalam serangan Israel yang menyasarkan beberapa kawasan kejiranan di Zeitoun, Gaza City.

Kepulan asap dilaporkan kelihatan dari kawasan yang menjadi sasaran.

Di selatan Gaza, tentera Israel mengebom beberapa kawasan di Khan Younis, mengakibatkan tiga orang cedera.

Pesawat perang dan artileri Israel juga terus mengebom beberapa kawasan di seluruh wilayah itu, terutama di kejiranan Tel Hawa dan Sabra, di Gaza City.

Saksi turut melaporkan, tembakan kuat dan berterusan di Gaza City, namun maklumat mengenai mangsa masih belum diperoleh.

Serangan terbaharu itu berlaku walaupun perjanjian gencatan senjata dicapai awal Khamis antara Hamas dan Israel di bandar Sharm el-Sheikh, Mesir, berdasarkan pelan 20 perkara yang dikemukakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×