BAITULMUQADDIS: Tentera Israel memulakan persiapan untuk penempatan semula askarnya di bawah perjanjian gencatan senjata Gaza dengan Hamas hari ini. “Berdasarkan arahan kepimpinan politik dan hasil penilaian semasa, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) memulakan operasi bagi melaksanakan perjanjian tersebut,” menurut kenyataan tentera di platform X. Katanya, persiapan dan pelan taktikal kini sedang dijalankan untuk menempatkan semula pasukan tentera di garis operasi baharu dalam masa terdekat. Perjanjian gencatan senjata yang dicapai di Sharm…