Israel enggan serah mayat Yahya Sinwar, Mohammed Sinwar

Israel enggan serah mayat Yahya Sinwar, Mohammed Sinwar

Para penyokong kumpulan Houthi di Yaman mengadakan tunjuk perasaan membantah serangan yang mengorbankan Yahya Sinwar oleh tentera Israel di Gaza. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Israel tidak akan menyerahkan mayat Ketua Biro Politik Hamas, Yahya Sinwar, serta abangnya, Mohammed Sinwar, di bawah perjanjian gencatan senjata Gaza, lapor Radio Tentera Israel.

Jurucakap Hamas, Hazem Qassem, menuduh Israel cuba memanipulasi jadual, senarai dan langkah yang dipersetujui dalam perjanjian itu.

Beliau berkata, Israel terus mengelak daripada menunaikan komitmen terhadap isu-isu utama termasuk pengunduran tentera, pembebasan tahanan dan pemulangan penduduk yang dipindahkan.

“Israel mesti mematuhi apa yang dipersetujui, dan kami menyeru para perantara untuk menekannya,” kata Qassem.

Beliau menambah menurut perantara, perjanjian itu merupakan permulaan kepada pengakhiran ‘perang pemusnahan di Semenanjung Gaza.’

Jurucakap itu menekankan semua tahanan Israel, yang masih hidup dan meninggal dunia, akan diserahkan semasa fasa pertama perjanjian.

Secara berasingan, akhbar Haaretz memetik sumber politik mendakwa tentera Israel akan menyelesaikan peringkat awal pengunduran separa dalam tempoh 24 jam selepas pelaksanaan perjanjian.

Menurut laporan itu, pengunduran ini akan berlaku sebelum pembebasan tahanan yang masih hidup.

Akhbar itu menambah selepas pengunduran separa, Amerika Syarikat dijangka mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan bahawa prosedur dilaksanakan.

Pemulangan tahanan Israel yang masih hidup dijangka berlaku dalam tempoh 72 jam selepas fasa pertama ini selesai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN