Ibu bapa Zayn Rayyan tiba di mahkamah

Ibu bapa Zayn Rayyan tiba di mahkamah

Ibu kepada zayn Rayyan, Ismanira Abdul Manaf (depan,kanan) hadir ke mahakamh untuk keputusan akhir pembelaan bagi kes mengabaikan kanak-kanak autistik berusia enam tahun di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, hari ini. - UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ibu bapa Zayn Rayyan, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf, tiba di kompleks mahkamah di sini pada pukul 8.45 pagi tadi untuk keputusan akhir pembelaan kes mengabaikan kanak-kanak autistik itu.

Pasangan itu yang berusia 30 tahun, dilihat terus masuk  ke dalam kompleks mahkamah.  Pasangan itu ditemani ahli keluarga, termasuk datuk Zayn Rayyan, Mohd Zahari Reba.

Zaim Ikhwan dan Ismanira dilihat tenang dan tidak bercakap kepada pihak media yang sudah menunggu di situ sejak pukul 8 pagi.

Hari ini mahkamah akan menentukan sama ada Ismanira dibebaskan atau diperintah membela diri atas pertuduhan mengabaikan anak  beliau yang berusia enam tahun.

Hakim Dr. Syahlizah Warnoh dijangka membaca keputusan pada akhir kes pendakwaan pada jam 9 pagi di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya. 

Sabit kesalahan, wanita itu boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-dua sekali.

Pada 21 Julai lalu, mahkamah memerintahkan Ismanira untuk membela diri manakala bapa kanak-kanak itu, Zaim Ikhwan dilepas dan dibebaskan atas pertuduhan mengabaikan anak mereka dua tahun lalu.

Pada tengah hari 5 Disember, Zayn Rayyan dilaporkan hilang sebelum ditemui mening­gal dunia.

Mayat kanak-kanak autisme itu ditemukan berdekatan anak sungai kira-kira 200 meter dari blok kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai pada malam 6 Di­sember 2023 selepas dilaporkan hilang pada tengah hari 5 Disember 2023. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN