JELEBU: Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Daerah Jelebu 2025 berlangsung di Dataran Jelebu di sini semalam dengan kehadiran lebih 2,000 pengunjung. Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, jumlah kehadiran itu merupakan peningkatan berbanding penyertaan masyarakat berbanding tahun lalu. Katanya, penganjuran HSN selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan aktiviti kesukanan sebagai gaya hidup rakyat. “Saya harap, sambutan HSN yang diraikan di seluruh negara setiap 11 Oktober menjadi wadah mengeratkan…