Hamas serah tujuh tebusan pertama kepada Palang Merah

Hamas serah tujuh tebusan Israel kepada Palang Merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Hamas hari ini membebaskan tujuh tebusan kepada Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC), menjadikan mereka kumpulan pertama dibebaskan sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata dalam konflik Israel-Hamas.

Tiada maklumat lanjut diberikan mengenai keadaan para tebusan setakat ini.

Hamas sebelum ini mengumumkan 20 tebusan yang masih hidup akan ditukar dengan lebih 1,900 tahanan Palestin di penjara Israel.

Pembebasan itu mencetuskan sorakan dan tangisan kegembiraan dalam kalangan keluarga tebusan di Israel, apabila stesen televisyen tempatan mengumumkan mereka kini berada dalam jagaan Palang Merah.

Puluhan ribu rakyat Israel dilaporkan menyaksikan siaran langsung pemindahan itu di skrin besar di seluruh negara, termasuk satu acara utama diadakan di Tel Aviv.

Palang Merah dalam satu kenyataan berkata, pihaknya memulakan ‘operasi pelbagai fasa’ untuk menyelia proses pembebasan tebusan dan tahanan, termasuk pemindahan mangsa yang terkorban agar dapat dikebumikan dengan bermaruah.

ICRC akan menerima tebusan yang dibebaskan dari Semenanjung Gaza sebelum menyerahkannya kepada pihak berkuasa Israel, selain memantau pemindahan tahanan Palestin ke Gaza dan Tebing Barat.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN