KUALA LUMPUR: ASEAN perlu bertindak balas dan berdepan cabaran global pada dua tonggak utama iaitu keselamatan ekonomi dan ketahanan ekonomi. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, dua tonggak ini penting bagi memastikan rantau ini kekal stabil, berdaya tahan dan mampu mempertahankan autonomi strategik di tengah ketidaktentuan global. Katanya, keselamatan ekonomi bukan bererti proteksionisme, sebaliknya memastikan ASEAN kekal terbuka tetapi selamat dengan melindungi kestabilan…










