GSF: Aktivis Argentina dedah layanan kasar askar Israel

GSF: Aktivis Argentina dedah layanan kasar askar Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Seorang aktivis dari Argentina mendakwa askar Israel bertindak ‘sangat biadab’ terhadapnya selepas ditahan ketika menyertai konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) yang dirampas di perairan antarabangsa awal minggu ini.

Gonzalo Di Pretoro, yang mengalami kecacatan pada kaki kanannya, memberita agensi Anadolu selepas tiba di Lapangan Terbang Istanbul petang semalam.

Menurut Pretoro, askar Israel bertindak kasar sepanjang penahanannya.

“Askar Israel sangat agresif terhadap saya. Saya beritahu mereka saya perlukan kasut khas, tetapi mereka kata tidak, malah menolak saya apabila saya kata perlukannya,” katanya.

Pesawat yang dinaiki Pretoro membawa pulang aktivis dari pelbagai negara.

Global Sumud Flotilla dalam perjalanan menuju Gaza bagi memecahkan sekatan Israel dan menghantar bantuan kemanusiaan ke wilayah Palestin, apabila ia diserang pada malam 1 Oktober lalu.

Tentera rejim dilaporkan merampas puluhan bot dan kapal serta menangkap ratusan aktivis misi konvoi kemanusiaan berkenaan.- ANADOLU

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN