LOS ANGELES: Gitaris kumpulan Limp Bizkit, Sam Rivers meninggal dunia pada usia 48 tahun.
Berita duka itu dikongsikan di Instagram band berkenaan, baru-baru ini.
“Kami kehilangan seorang abang, rakan dan jantung hati kami.
“Sam Rivers bukan sekadar ahli kumpulan ini, mendiang mencipta magis, ibarat degupan dan jiwa dalam lagu dan ketenangan dalam kekalutan.
“Semangatnya akan terus hidup dalam setiap rentak, setiap pentas dan setiap memori,” tulis ahli kumpulan dalam satu hantaran di platform tersebut.
Punca kematian mendiang setakat ini belum disahkan. Bagaimanapun, portal Men’s Journal yang memetik sumber dalaman melaporkan pihak berkuasa memaklumkan menerima laporan mengenai mendiang yang tidak sedarkan diri selepas mengalami serangan jantung.
Rivers pernah berkongsi mengenai komplikasi hati yang dideritainya akibat ketagihan alkohol.
Mendiang meninggalkan kumpulan tersebut pada 2015 sebelum menjalani pembedahan pemindahan hati pada 2017.
Rivers bagaimanapun menyertai semula Limp Bizkit setahun kemudian.- UTUSAN