Gelombang protes pro-Palestin berkembang di Eropah

Gelombang protes pro-Palestin berkembang di Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROM: Ratusan ribu orang membanjiri jalanan di beberapa bandar utama Eropah pada Sabtu bagi menyuarakan sokongan terhadap Palestin, menuntut gencatan senjata segera di Gaza serta pembebasan aktivis yang ditahan selepas menyertai flotila bantuan kemanusiaan ke wilayah tersebut.

Penganjur perhimpunan di Rom berkata, kehadiran peserta mencapai ratusan ribu orang, menandakan hari keempat demonstrasi besar-besaran sejak Israel memintas flotila yang membawa 45 sukarelawan ke Gaza awal minggu ini.

Di Barcelona, polis menganggarkan sekitar 70,000 peserta turun ke jalan dalam salah satu perhimpunan pro-Palestin terbesar di Sepanyol.

Memuatkan artikel berkaitan…

Di Dublin, ribuan yang lain turut berarak di pusat bandar bagi memperingati dua tahun genosid di Gaza.

Sepanyol dan Ireland kini muncul sebagai antara pengkritik paling lantang terhadap serangan ketenteraan Israel di Gaza yang bermula selepas serangan kumpulan Hamas terhadap komuniti Israel berhampiran sempadan Gaza pada 7 Oktober 2023.

Namun di Itali, kerajaan sayap kanan pimpinan Perdana Menteri Giorgia Meloni dikritik kerana tidak mengambil tindakan terhadap kepungan di wilayah Palestin itu.

Meloni pada Sabtu menuduh peserta demonstrasi menconteng patung Pope John Paul II berhampiran stesen kereta api utama Rom, menyifatkannya sebagai tindakan memalukan.

“Mereka mendakwa turun ke jalan demi keamanan, tetapi menghina memori seorang tokoh yang benar-benar memperjuangkan dan membina keamanan,” katanya dalam satu kenyataan.

Di ibu negara Itali itu, peserta termasuk keluarga dan kanak-kanak melaungkan slogan seperti ‘Kita semua rakyat Palestin’, ‘Bebaskan Palestin’ dan ‘Hentikan pembunuhan beramai-ramai’, sambil mengibarkan bendera Palestin serta mengenakan keffiyeh.

“Saya biasanya tidak gemar menyertai perhimpunan besar, tetapi hari ini saya tidak sanggup hanya duduk di rumah,” kata Donato Colucci, 44 tahun, seorang ketua pengakap yang membawa 150 remaja daripada sebuah persatuan sekular.

“Saya percaya negara seperti Itali, Perancis dan Sepanyol memiliki budaya perjuangan serta nilai demokrasi yang kuat kerana mereka pernah melalui zaman diktator dan keganasan,” tambahnya kepada AFP.

Di Barcelona, Marta Carranza, 65, yang turut membawa bendera Palestin di belakangnya berkata dasar Israel adalah salah selama bertahun-tahun dan kini rakyat perlu turun ke jalan.

Flotila Global Sumud yang dipintas Israel pada 1 Oktober itu berlepas dari Barcelona awal September dengan misi memecah sekatan Israel ke atas Gaza, di mana Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melaporkan krisis kebuluran semakin meruncing.

Menurut Menteri Luar Sepanyol Jose Manuel Albares, kira-kira 50 warga Sepanyol yang menyertai flotila berkenaan telah ditahan oleh Israel, lapor televisyen awam negara itu pada Sabtu. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×