ALOR SETAR: Garis panduan penggunaan pembesar suara di masjid dan surau di seluruh negeri ini berkuatkuasa 1 November ini bertujuan menjaga keharmonian semua masyarakat. Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK), Datuk Dr. Abd. Ghani Zainuddin berkata, peraturan itu diputuskan dalam satu mesyuarat jawatankuasa Majlis Agama Islam Kedah (MAIK), bulan lepas. “Jangan politikkan isu ini kerana keputusan yang dibuat adalah untuk keharmonian semua penduduk tanpa mengira bangsa selain menyeragamkan…










