MELAKA: Dua pegawai bank wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tujuh pertuduhan menerima suapan masing-masing berjumlah RM50,581.51 dan RM8,000 bagi memproses permohonan pembiayaan peribadi pelanggan melebihi had kelayakan. Tertuduh, Syamime Hazreen Bahrin, 37, dan Nursyafiqah Abdul Latif, 29, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan. Mengikut lima kertas pertuduhan terhadap Syamime, dia yang masih bertugas sebagai penasihat kewangan di…










