Dua dipercayai rentung dalam kemalangan selepas kereta terbakar

Dua dipercayai rentung dalam kemalangan selepas kereta terbakar

DUA individu dipercayai rentung selepas terperangkap dalam kereta yang terbakar susulan satu kemalangan di Jalan Pekan Darat menghala ke Sungai Lokan, Butterworth, Pulau Pinang pagi ini.-GAMBAR/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH : Dua individu dipercayai rentung selepas terperangkap dalam sebuah kereta yang terbakar susulan satu kemalangan di Jalan Pekan Darat menghala ke Sungai Lokan di sini, pagi ini.

Difahamkan, identiti kedua-dua mangsa yang dipercayai pemandu dan penumpang bagaimanapun belum dapat dikenal pasti buat masa ini.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah, kesemua mangsa menaiki kereta yang sama.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta dan terdapat dua orang mangsa yang dipercayai rentung dalam kejadian itu. Ketika ini, operasi untuk membawa mereka keluar masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Terdahulu, tular satu rakaman video di media sosial khususnya laman Facebook mengenai kebakaran sebuah kereta susulan satu kemalangan di laluan berkenaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN