POKOK SENA: “Dulu saya bekerja di kedai makan tetapi kerana mahu hidup mewah seperti rakan, saya sanggup ikut mereka melakukan aktiviti tidak bermoral, cukuplah sekali dipenjara. Demikian luah seorang ibu muda berusia 21 tahun yang menjalani hukuman penjara enam bulan setelah ditahan polis ketika melakukan aktiviti persundalan beberapa bulan lepas. Ibu tunggal kepada seorang anak dari Padang Besar, Perlis, itu berkata, dia ingin memulakan hidup baharu di samping anak perempuannya…