Bukan hanya Amad, Aisha Retno juga terima rawatan akibat pengsan

Bukan hanya Amad, Aisha Retno juga terima rawatan akibat pengsan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tidak hanya Amad berdepan insiden kurang baik di pentas akhir program Talk To My Manager (TTMM), malah penyanyi, Aisha Retno juga menerima nasib sama.

Menerusi hantaran di media sosial, Aisha atau Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam mendedahkan mengalami serangan panik dan pengsan tiba-tiba.

“Alhamdulillah, saya tidak berada di hospital kerana saya menolak untuk pergi. Keadaan saya sekarang semakin baik walaupun masih belum pulih sepenuhnya.

“Pengsan secara tiba-tiba dan sedikit serangan panik, hanya berlaku untuk beberapa jam sahaja.

“Kini saya sudah boleh sedar sedikit walaupun belum berada dalam keadaan normal sepenuhnya,” tulisnya.

Bagaimanapun, keadaan penyanyi Sutera itu bertambah baik dan kini sedang berehat selepas tampil menemani peserta, Marsya Qistina semalam.

“Saya sedang berehat sekarang. Maaf kerana belum mampu membalas semua mesej kalian yang sangat prihatin buat masa ini, tapi insya-Allah saya akan cuba balas bila sudah sedikit sihat untuk bangun dan berjalan nanti,” ujarnya.

Dalam pada itu, Aisha sempat menitipkan ucapan tahniah kepada Marsha atas kemenangannya.

“Alhamdulillah, tahniah untuk kemenangan Marsya! Satu penghormatan dapat berkongsi pentas kemenangan bersamamu malam itu.

“Saya seronok sangat bekerjasama dengan Marsya, dia sangat berbakat, mudah dibimbing dan sangat merendah diri. Benar-benar bintang sedang menyinar.

“Doakan kesihatan Aisha ya, dan saya juga doakan kesihatan yang baik untuk semua yang menonton. Kesihatan memang keutamaan. Terima kasih dan selamat malam,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN