BATU PAHAT: Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang cedera dikelar semalam, kini stabil dan sudah boleh bercakap. Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, mangsa masih diberikan rawatan rapi di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini. Beliau berkata, siasatan akan dilengkapkan untuk diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan lanjut. Semalam Utusan Malaysia melaporkan, seorang wanita berhadapan detik cemas selepas mendapati anaknya berlumuran…










