KUALA LUMPUR: Pengalaman mengikuti operasi penguatkuasaan ketika bertugas sebagai wartawan jenayah mendorong bekas wartawan Kosmo!, Nur Azmi Nordin, 26, menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM). Inspektor Percubaan, Nur Azmi berkata, ketika hampir dua tahun bertugas di meja jenayah, dia berpeluang melihat secara dekat kecekalan dan disiplin anggota polis menjalankan tugas sekali gus membangkitkan minatnya untuk menyertai pasukan keselamatan itu. “Sebenarnya, saya tidak pernah terfikir untuk menyertai PDRM. Namun selepas sering mengikuti…