AT Arau cipta sensasi di Thailand - Utusan Malaysia

AT Arau cipta sensasi di Thailand

AZAHAR Hassan (atas, empat dari kanan) meraikan para pemain AT Arau yang menjuarai Kejohanan Liga Bola Sepak Satun di Thailand baru-baru ini.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Kelab bola sepak AT Arau mencipta sensasi di pentas luar apabila muncul juara Kejohanan Liga Bola Sepak Satun, Thailand bawah 11 tahun di negara Gajah Putih itu baru-baru ini.

Dalam perlawanan akhir, AT Arau dibawah kendalian jurulatih Mohd. Syaufiq Yahaya berjaya menewaskan AMS Satun dengan jaringan 3-0.

Lebih manis, pemain AT Arau, Mohamad Rizqi Noor Irwan,11, turut dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan.

Pasukan berkenaan juga cemerlang dengan menang semua tujuh perlawanan dalam kejohanan itu.

Semalam, para pemain, barisan kejurulatihan dan ibu bapa turut diraikan oleh Senator, Azahar Hassan dalam satu majlis di Kangar.

Kesemua 22 pemain turut menerima sumbangan masing-masing RM100 termasuk barisan kejurulatihan.

Malam ini, para pemain turut diraikan dalam majlis makan malam di sebuah restoran ikan bakar di Kuala Perlis dan juga disediakan hadiah cabutan bertuah antaranya seperti televisyen, peti ais dan mesin basuh.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN