ASEAN beri amaran junta Myanmar

ASEAN beri amaran junta Myanmar

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: ASEAN memberi amaran kepada junta Myanmar supaya menghentikan segala bentuk penindasan dan kezaliman terhadap rakyat negara itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekiranya pihak junta memenuhi syarat itu,  ASEAN bersedia menghulurkan bantuan susulan bencana gempa bumi yang melanda Sagaing, Myanmar serta bantuan kemanusiaan lain.

“Kita mahu menyelesaikan segala isu dalam kerangka ASEAN. Saya menyeru gesaan tuntas secara negosiasi, rundingan dan keputusan berhubung segala isu perlu diselesaikan melalui pintu kerjasama dan mengelakkan sebarang konfrontasi. 

“Ini kerana, kita mahu mempromosikan keamanan global yang menjadi tunjang kepada demokrasi dalam kalangan negara ASEAN,” katanya ketika berucap pada pembukaan Sidang Kemuncak Asia Timur ke-20 (EAS) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini hari ini.  

Sidang itu turut dihadiri oleh Perdana Menteri China, Li Qiang dan Timbalan Perdana Menteri Russia, Alexey Overchuk. 

Anwar pada masa sama turut membangkitkan isu keamanan di wilayah bergolak di Gaza dan konflik Ukraine-Russia yang perlu dihentikan dengan penuh kebijaksanaan politik.

“Isu Gaza saya sendiri sudah menyuarakan secara peribadi kepada Donald Trump semasa Sidang Kemuncak ASEAN-AS semalam.

“Sidang kemuncak ini, kita berharap dapat memeterai deklarasi dan mempromosi keamanan globalisasi bagi persediaan berdepan bencana,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×