KUALA LUMPUR: ASEAN memberi amaran kepada junta Myanmar supaya menghentikan segala bentuk penindasan dan kezaliman terhadap rakyat negara itu. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekiranya pihak junta memenuhi syarat itu, ASEAN bersedia menghulurkan bantuan susulan bencana gempa bumi yang melanda Sagaing, Myanmar serta bantuan kemanusiaan lain. “Kita mahu menyelesaikan segala isu dalam kerangka ASEAN. Saya menyeru gesaan tuntas secara negosiasi, rundingan dan keputusan berhubung segala isu perlu diselesaikan…










