WASHINGTON: Kerajaan Amerika Syarikat (AS) bercadang menawarkan bayaran sebanyak AS$2,500 (RM10,000) kepada remaja migran yang bersetuju pulang secara sukarela ke negara asal masing-masing, menurut satu memorandum pentadbiran pada Jumaat. Memorandum yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia (HHS) AS berkata, pegawai imigresen mengenal pasti kanak-kanak migran tanpa penjaga berusia 14 tahun ke atas yang kini berada dalam tahanan dan berhasrat meninggalkan AS secara sukarela. Menurut kenyataan itu, pentadbiran berkenaan akan…