AS-China setuju adakan rundingan perdagangan baharu

AS-China setuju adakan rundingan perdagangan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: China dan Amerika Syarikat (AS) bersetuju untuk mengadakan satu lagi pusingan rundingan perdagangan minggu depan.

Langkah itu dibuat selepas Beijing minggu lalu mengumumkan kawalan besar-besaran terhadap industri nadir bumi, yang mendorong Presiden AS, Donald Trump, mengancam untuk mengenakan tarif 100 peratus ke atas import China sebagai tindak balas.

Trump turut mengugut untuk membatalkan pertemuannya dengan Presiden Xi Jinping, yang dijadual berlangsung di Korea Selatan hujung bulan ini sempena sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC).

Dalam perkembangan terbaharu ke arah penyelesaian pertikaian itu, media rasmi China melaporkan Naib Perdana Menteri, He Lifeng dan Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent mengadakan perbincangan melalui panggilan telefon semalam.

Kedua-dua pihak terbabit bersetuju untuk mengadakan pusingan baharu rundingan perdagangan ‘secepat mungkin’.

Dalam kenyataan di media sosial, Bessent menyifatkan perbincangan itu sebagai ‘jelas dan terperinci’, selain memaklumkan untuk bertemu secara bersemuka minggu depan bagi meneruskan rundingan.

Sebelum ini, Bessent menuduh China cuba menjejaskan ekonomi dunia dengan memperketat sekatan terhadap eksport nadir bumi, bahan penting dalam penghasilan pelbagai teknologi termasuk telefon pintar dan peluru berpandu berpandu.- AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN