Amazon rancang ganti 500,000 pekerja dengan robot

Amazon rancang ganti 500,000 pekerja dengan robot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Amazon dijangka memasuki fasa baharu dalam revolusi tenaga kerja apabila syarikat gergasi itu merancang menggantikan lebih setengah juta pekerjanya dengan robot, menurut laporan The New York Times.

Selama lebih dua dekad, Amazon menjadi antara syarikat paling berpengaruh dalam membentuk budaya kerja moden di Amerika Syarikat (AS), daripada mengupah ratusan ribu pekerja gudang dan pemandu kontrak, hingga menggunakan teknologi untuk menilai serta memantau tenaga kerja.

Menurut dokumen strategi dalaman dan temu bual dengan eksekutif syarikat, Amazon melihat automasi sebagai langkah seterusnya untuk meningkatkan kecekapan operasi dan mengurangkan kos jangka panjang.

Sejak 2018, jumlah pekerja Amazon di AS meningkat lebih tiga kali ganda, mencapai hampir 1.2 juta orang.

Namun, dengan peralihan besar ke arah penggunaan robot, masa depan sebahagian besar tenaga kerja manusia syarikat itu kini menjadi tanda tanya.

Namun, pasukan automasi Amazon menjangkakan syarikat itu dapat mengelak daripada mengambil lebih 160,000 pekerja baharu di AS menjelang 2027, langkah yang dijangka menjimatkan kira-kira AS$0.30 (RM1.40) bagi setiap barangan yang dipilih, dibungkus dan dihantar.

Dalam taklimat kepada lembaga pengarah pada 2024, eksekutif Amazon memaklumkan mereka berharap automasi robotik dapat membantu syarikat mengekalkan saiz tenaga kerja sedia ada di AS untuk tahun akan datang, walaupun jualan dijangka meningkat dua kali ganda menjelang 2033.

Di kemudahan yang direka untuk penghantaran pantas, Amazon kini sedang membangunkan gudang yang hampir sepenuhnya dikendalikan robot tanpa keperluan tenaga manusia.

Dokumen dalaman turut menunjukkan matlamat akhir pasukan robotik Amazon ialah mengautomasi sehingga 75 peratus daripada keseluruhan operasi syarikat itu.

Dokumen dalaman itu menunjukkan Amazon berusaha mengelak penggunaan istilah seperti ‘automasi’ dan ‘kecerdasan buatan (AI)’ apabila membincangkan tentang robotik, sebaliknya memilih frasa seperti ‘teknologi maju’ atau menggantikan perkataan robot dengan ‘cobot’, singkatan kepada collaborative robot, yang memberi gambaran seolah-olah robot bekerja bersama manusia.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN