ALOR SETAR: Sebanyak 18 lokasi berhampiran pantai dan muara sungai di lima buah daerah di Kedah berdepan kemungkinan banjir ekoran fenomena air pasang besar bermula tengah malam semalam sehingga awal pagi Jumaat ini. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Leftenan Kolonel (PA) Mohd. Bukhori Mat Sidik berkata, berdasarkan data Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), fenomena itu diramal berlaku selama empat hari berturut-turut dengan ketinggian ombak 2.9 meter. “Seterusnya pada Rabu…