KLANG: Sebanyak 17 kawasan terutama di sekitar Pelabuhan Klang dijangka mengalami fenomena air laut pasang besar pada ketinggian sehingga 5.7 meter pada hari ini dan Khamis sekitar pukul 6.30 pagi. Fenomena tersebut dijangka menyebabkan jalan-jalan utama sekitar kawasan tersebut seperti Telok Gong, Pandamaran, Pulau Indah, Pekan Pelabuhan Klang dan Lebuhraya Pintasan Selat Klang Utara (NNKSB) berhampiran Kampung Rantau Panjang dan Bandar Sultan Sulaiman dinaiki air. Pegawai Daerah Klang, Amri Ismail…