ALOR SETAR: Kira-kira 624 hektar tanaman padi di Wilayah III Pendang dalam kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di sini tenggelam akibat banjir. Kejadian itu menyebabkan kerugian kira-kira RM4.6 juta berdasarkan kepada purata kiraan hasil lima tan padi bagi setiap hektar sawah yang rata-rata kawasan terlibat kini sudah boleh dituai. Pengerusi MADA, Datuk Dr. Ismail Salleh berkata, kawasan itu hampir setiap tahun dilanda banjir disebabkan Sungai Padang Kerbau yang menerima…