48,646 haiwan terancam berisiko pupus

48,646 haiwan terancam berisiko pupus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ABU DHABI: Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN) memberi amaran sebanyak 48,646 spesies haiwan yang kini disenaraikan sebagai terancam berisiko untuk pupus.

Dalam kemas kini terbaharu ‘Senarai Merah’, IUCN mendedahkan tiga spesies anjing laut Artik semakin terancam dan hampir kepada kepupusan.

Kemas kini itu juga memberi amaran 61 peratus spesies burung di seluruh dunia kini menunjukkan penurunan populasi, peningkatan besar berbanding beberapa tahun lalu.

Menurutnya, spesies burung yang hidup di Madagascar, Afrika Barat dan Amerika Tengah berada dalam kumpulan paling berisiko ekoran perluasan kawasan pertanian serta aktiviti pembalakan.

Bagaimanapun, populasi penyu hijau dilaporkan meningkat kira-kira 28 peratus, hasil usaha pemuliharaan yang dijalankan selama beberapa dekad.

Ketua Pengarah IUCN, Dr. Grethel Aguilar berkata, kemas kini Senarai Merah yang dilancarkan semasa kongres di Abu Dhabi kelmarin, menyerlahkan cabaran mendesak yang sedang dihadapi.

“Walaupun spesies seperti anjing laut Artik dan beberapa jenis burung berdepan ancaman yang semakin meningkat, kejayaan pemulihan habitat penyu hijau mengingatkan kita pemuliharaan berfungsi apabila kita tekad bertindak,” katanya.

Tiga spesies anjing laut Artik dilaporkan hampir kepada kepupusan, dengan anjing laut bertudung disenaraikan sebagai terancam, manakala anjing laut berjanggut dan anjing laut harp dikategorkan hampir terancam.

Haiwan terbabit berdepan pelbagai tekanan termasuk aktiviti perkapalan, pencemaran bunyi, penerokaan minyak dan mineral serta industri perikanan.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN