KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti sebanyak 470 laluan haram di sepanjang sempadan negara yang dipercayai digunakan untuk menjalankan aktiviti penyeludupan, setakat September tahun ini. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, bagi membanteras aktiviti tidak bertanggungjawab di laluan haram dikenal pasti itu, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan PDRM telah melaksanakan kawalan keselamatan di lokasi. “Kawalan keselamatan sempadan secara tetap dan berkala melalui penugasan kawalan statik…










